Friday, November 4, 2011

setelah sekian lama

Bismillah....

Assalamualaikum....

Alhamdulillah....sehingga ke hari ini aku masih lagi diberi peluang untuk bernafas dan menikmati nikmat yang ada di dunia yang sementara ini. Aku bersyukur kerana masih diberi peluang untuk aku belajar dan merasai semua ini....mungkin ini bukan yang termanis untukku....tp ak bersyukur kerana dengan belas dan kasih dariNya aku diberi peluang untuk mengubah dan belajar dari apa yg berlaku dalam hidup aku selama ini....sungguh pun bukanlah senang untuk menjadi diri aku....tapi ak masih bersyukur kerana aku masih aku dan aku masih punya orang yang bersimpati dengan nasibku....

Masih ada yang sayangkan aku....biarpun selama ini mereka2 ini tidak begitu mengambil berat tentang diriku....itu yg aku fikirkan...tp semua ini banyak mengajar aku....sesungguhnya aku amat bersyukur kerana bertemu dengan insan2 yang berhati mulia ini....

Ya Allah...segala musibah yang terjadi ke atas diri aku....aku redha....
mungkin ini kifarah dari dosa2 aku selama ini...sesungguhnya aku insan yg kerdil dan lemah....sering melakukan kesilapan....janganlah Engkau jauhkan aku dari kasih sayangMu....ya Allah....