Hari-hari semalam yang penuh luka, aku lalui hidup ini walaupun perit dan sengsara. Hari semalam telah mengajar aku erti derita dalam percintaan. Percintaan yang pada mulanya mengajar aku erti kebahagiaan mencintai dan dicintai, akhirnya memaksa aku menelan pahit getir perpisahan yang tak terduga.
Bukan aku pinta pertemuan ini jika akhirnya perpisahan yang mendatang. Bukan aku rayu untuk diriku dicintai jika akhirnya aku ditinggalkan. Benarkah kata janji itu hanya manis di mulut tetapi menjadi racun berbusa jika ia tidak dikotakan. Atau aku yang hanya berharap untuk memiliki hatimu sedangkan engkau hanya ingin memainkan perasaanku? Butakah cintaku atau bersalahkah aku yang terlalu mengharapkanmu untuk mengisi bunga-bunga cinta disegenap ruang hatiku.
Kutahu cinta bukannya paksaan dan ia boleh membuat hati merana tapi cinta kita bukannya paksaan. Kita saling mencintai namun hatiku merana jua. Benarlah kata orang tua, cinta yang tidak disirami dengan keikhlasan dan kejujuran akan menemui kegagalan. Apakah aku saja yang penuh ikhlas dan jujur mencintai dirimu sedangkan kau dengan sewenag-wenangnya membunuh segala keikhasan dan kejujuran dalam percintaan. Jika sesungguhnya dihatimu benar ada cinta untuk aku tapi mengapa hatiku dilukai? Sedarkah kau bahawa luka yang engau tinggalkan terlalu dalam dan amat sukar untuk aku membalutnya kembali. Aku tak tahu adakah aku mampu untuk menyembuhkan luka yang terlalu dalam ini.
Cinta dicipta dan dianugerahkan kepada setiap insan bukan untuk dimungkiri dan ditinggalkan bergitu saja. Tetapi jika hati telah tertutup untuk bercinta ladi, jangan sakiti dan lukai hati orang yang mencintaimu. Luka yang engkau tinggalkan buatku, telah mendewasakan aku.
Terima kasih atas kelukaan itu, akan aku rawat ia walaupun amat sukar untuk aku melakukannya. Doa aku agar hatimu terbuka untuk mencintai insan lain dengan seikhlas dan sejujurnya. Walaupun kelas gadis itu bukanlah aku...
No comments:
Post a Comment