Saturday, August 28, 2010

Andainya Lelaki Tahu.....


Andainya lelaki tahu
Dalam hati seorang perempuan
Ada naluri untuk disayangi
Ada rasa untuk diberi perhatian
Ada rasa untuk didengari keluh kesahnya
Ada waktu-waktu minta ditemani kesedihannya

Andainya lelaki tahu
Rajuk seorang perempuan minta dipujuk
Marah seorang perempuan perlu didekati
Sedih seorang perempuan harus didengari
Gembira seorang perempuan ingin dikongsi


Andainya lelaki tahu
Disebalik seribu satu rasa itu....
Ada sekeping hati nan lembut....
Bukan untuk dimanjai
Bukan jua untuk ditatangi bagai minyak yang penuh....
Hanya perlu sedikit perhatian....
Agar rasa kasih itu terasa
Wujud walau disaat jauh....


Kerana andai lelaki tahu
Hati ini akan sentiasa bertanya
Pada diri seorang perempuan
Wujudkah cinta itu dihati lelaki??
Bila disaat jauh tanpa perkhabaran...


Sayangilah seseorang itu atas dasar siapa dirinya sekarang
Bukan atas dasar siapa dirinya sebelum ini
Cintailah seseorang itu kerana hatinya
Bukan paras rupa semata-mata...

No comments: